Friday, August 29, 2008

Melayu Mudah Lupa!

Salam Tun Dr. Mahathir,

Percakapan Tun memanglah betul! Orang Melayu seperti Ketua Pemuda UMNO Dato Seri Hishammudin Tun Hussein memanglah kurang mengenang budi. Bukan hanyalah beliau selalu lupakan perjanjian yang dia berjanji kepada para pengundi di Kawasan Sembrong sahaja, seperti janji membina jalan tar di Kampung Orang Asli Sungai Peroh dan janji meluruskan Jalan Mersing Batu 5 sampai Batu 28 Kampung Sri Lukut, Kahang. Namun beliau juga pernah berkata bahawa beliau beingin nak menangis apabila beliau mengingatkan bahawa semasa datuknya Dato Onn meninggal dunia, Allahyarham Dato Onn cuma tinggal RM5 dalam poketnya. Beliau tidak selalu mengenang jasa dan budi baik datuknya Dato Onn kepada Rakyat Malaysia tetapi beliau hanya selalu mengenang RM5 sahaja yang ditinggalkan oleh Dato Onn sebagai harta pesaka. Pemikiran beliau yang terlalu mementingkan kekayaan dalam dunia ini dan kurang mementingkan sumbangan datuknya kepada Rakyat Malaysia dalam usaha untuk memperbentukkan sesuatu bangsa baru, iaitu Bangsa Malaysia, sudah menyebabkan Dato Seri Hishammudin memilih sesuatu jalan perjuangan yang berlainan daripada jalan yang sudah diiringi oleh datuknya dan bapanya Allahyarham Tun Hussein Onn, iaitu satu jalan Muhibbah menuju ke arah perpaduan teguh antara pelbagai kaum di Malaysia.

Walaupun Dato Onn tidak pernah berjaya untuk mencapai cita-citanya yang suci dan mulia untuk memperbentukkan sesuatu Bangsa Baru, iaitu Bangsa Malaysia yang boleh membanggakan kita dan generasi baru kita, tetapi jasa dan budi baik Dato Onn kekal menjadi satu kenangan baik yang selalu dihormati oleh saya dan keluarga saya!

Onlooker

Kenyataan Tun dicatatkan di bawah untuk rujukan:
"9. Jasa Dato Onn kepada orang Melayu, kepada UMNO amatlah besar dan jasanya harus dikenang dan diberi penghargaan yang tidak kurang dari jasa Tunku Abdul Rahman, pejuang kemerdekaan.

10. Sesungguhnya orang Melayu dan UMNO mudah lupa dan kurang mengenang budi."